MUTIARA HATI

Ketahuilah kamu bahawa harta itu umpama ular. Padanya terkandung racun dan juga penawar. Faedahnya adalah ubat dan bahayanya adalah bisa. Berwaspadalah kamu.

Sesiapa yang bersusah-payah menghabiskan waktu berjam-jam untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin. 

Wujudnya perbezaan kecil di dalam setiap manusia. Perbezaan kecil yang membawa kepada perbezaan yang lebih besar. Perbezaan kecil ini adalah SIKAP. Perbezaan yang lebih besar itu adalah samada ianya POSITIF atau NEGATIF.

SIKAP kita pada setiap permulaan kerja, yang menentukan hasil akhir kerja.

Dunia ini adalah tempat untuk kita beramal, usah diharapkan pembalasan di dalamnya. Akhirat di sana adalah tempat pembalasan, usah diharapkan beramal di dalamnya.

Janganlah kita menggantungkan hati kita kepada dunia kerana sesungguhnya DIA tidak menjadikan dunia ini untuk kita.

Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan menentukan kejayaan. Kejayaan menentukan kebahagian.

Hargailah apa yang ada di sekeliling kita.

Sentiasalah berterima kasih dan bersyukur.

Banyakkan memberi. 

Lakukanlah solat Dhuha.

Lakukanlah puasa sunat.

Rahsia kehidupan adalah MEMBERI.

Jangan memberi sehingga ianya menyakitkan. Sebaliknya, memberilah sehingga ianya menyeronokkan.

Mintalah selalu padaNya.

Lagi banyak kita kongsi, lagi banyak kita dapat.