DOA

"Ya Allah, lembutkanlah hatiku, hati isteriku, hati anak-anakku, hati ahli-ahli keluargaku dan juga hati saudara-saudaraku (seIslam), sebagaimana Engkau telah melembutkan besi bagi Nabi Daud as."


"Mudahkanlah pada kami Ya Allah, setiap orang dengan kebenaran kalimah 'Bismillah'. Dan tundukkanlah pada kami, setiap yang melihat pada kami, daripada gologan jin, manusia, burung, binatang-binatang buas dan lain-lain binatang."   


"Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa isteriku beriman denganMu dan RasulMu dan menjaga kehormatannya hanya untukku, maka jangan biarkan isteriku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim"   (Doa ini juga boleh boleh digunakan ke atas anak perempuan kita dengan menukar "isteriku" kepada nama anak perempuan kita dan "untukku" kepada nama suami anak perempuan kita. Kepada anak perempuan yang masih kecil pula, boleh diubah "untukku" kepada "orang yang sepatutnya" @ "yang berhak" - merujuk kepada suaminya pada masa akan datang)


"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yang sengsara di serata pelusuk dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuhMu. Peliharalah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berilah rahmatMu ke atas mereka. Satupadukanlah hati-hati kami untuk menghancurkan musuh-musuhMu"


"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku kepada roh arwah ayahku dan roh arwah-arwah yang lain (ahli keluarga, saudara seIslam). Ampunilah dosa-dosa mereka, kasihanilah mereka, maafkanlah kesalahan mereka, muliakanlah kedatangan mereka, lapangkanlah kubur mereka, terimalah kebaikan mereka dan hapuskanlah kesalahan mereka dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih"